Sunday, 3 August 2014

Pulang - Maya Karin #lagurayamaya


#lagurayamaya

PULANG 
oleh
MAYA KARIN

 Lagu baru dari artis serba boleh, Maya Karin berjudul Pulang. Sebuah lagu raya yang memeberi nafas baru daripada lagu raya zaman sekarang. Alunan muzik yang unik dan klasik. Maya sangat suka akan muzik lagu ini dan bak kata beliau “Bila menyanyikan lagu ini saya ada rasa ‘feel’ seperti Saloma.” 

 Menariknya, pembikinan video muzik hanya dilakukan 1 hari dan dibuat di rumah Maya Karin sendiri ( Kalau nak tengok rumah Maya tu macam mana, kenelah tengok video lagu ni di youtube) Selain itu, Maya juga melibatkan ahli keluarganya di dalam video tersebut. Sungguh meriah nampaknya seperti malam raya! - walaupun masa tu masih bulan ramadhan.

Displaying Untitled1.jpg

Lirik lagu ini pula mempunyai inti tersendiri. Jika kita menghayati lagu ini pasti membuat anda tersentuh dan rasa ingin pulang 'kepangkuan tersayang' 


Lirik Lagu Pulang - Maya Karin
Tiba Hari Raya, hiba tak terkata
Terkenangkan masa dengan bonda
Waktu kita bersama, bersuka dan duka

Pagi Aidilfitri usah tugas lagi
Setahun lama membanting tulang
Masa untuk kembali

Pulang lekas pulang
Janganlah kita tinggal seorang
Pulang lekas pulang
Ke pangkuan mereka tersayang

Tiba Hari Raya, risau dalam jiwa
Memikir sengketa keluarga yang bertahun lamanya
Tak mungkin dilupa

Pagi Aidilfitri usah kenang lagi
Sejarah hitam lama hidup mu
Mereka kan mengampun

Pulang lekas pulang
Janganlah kita menyesal nanti
Pulang lekas pulang
Janganlah kita melupa diri

Masa berbahagia bersama jiran dan keluarga
Masa bercahaya hari ini hari raya
Lekas pulang

Marilah kita berjabat tangan dan bermaaf-maafan
Bahagia di hari lebaran
Hari yang mulia

Pulang lekas pulang
Janganlah kita menyesal nanti
Pulang lekas pulang
Janganlah kita melupa diri

Masa berbahagia bersama jiran dan keluarga
Masa bercahaya hari ini hari raya
Lekas pulang


Jom layan MV rasmi lagu Pulang yang dilancarkan pada 23 Julai 2014 oleh Warner Music Malaysia akaun youtube mereka.



PS: Request lagu ni di stesen radion Malaysia yee

*sedikit snapshot dalam video muzik ini.

Displaying Untitled3.jpgDisplaying Untitled4.jpg
Displaying Untitled5.jpgDisplaying Untitled2.png

No comments:

Post a Comment