#filembarumaya
LBS3 - KASYAH
dibintangi
MAYA KARIN
Sebuah filem cinta dari Tarantella Picture oleh Sharad Sharan (pengarah) yang menampilkan Farid Kamil, Maya Karin, Bront Palarea dan Ayu Raudhah.
Filem ini bakal bertemu peminat novel Ahadiat Akasha ini pada 11 SEPTEMBER 2014.

Sinopsis :-
Mereka ada cerita tersendiri yang bersalingkait membawa duri ke
mana harus lari dari kemelut yang semakin ngeri. Segalanya semakin perit
untuk dilalui Kasyah setelah pertunangannya terputus dengan Katerina.
Hisyam berjaya menyunting Katerina sedangkan dia tak tahu semua itu
sandiwara yang dirancang Katerina untuk membalas dendamnya.
Kasyah pula melalui kehidupan
dengan segala kepayahan sehinggalah Sofean sendiri meminta agar Kasyah
menerima Katerina selepas dia yang memutuskan pertunangan itu. Itupun
setelah Katerina murung selepas penceraiannya dengan Hisyam. Demi
maruah, Kasyah menolak dan sengaja melamar Zahirah untuk menyakiti lagi
hati Sofean. Malangnya Zahirah menolak kerana tak mahu melukakan hati
Katerina sedangkan hakikatnya dia amat mencintai lelaki itu. Hisyam
masih lagi menyimpan tekad untuk memenangi hati Katerina semula
sehinggalah Jackie hadir dalam hidupnya.
Menarik atau tidak? kita tunggu yee. psssttt Katerina KEGUGURAN??!!
Trailer LBS3






