NU Sentral memberi peluang kepada ahli kelab Maya Karin, MKBB untuk bertemu para pelakon teater yang sedang berlangsung di Istana Budaya sehingga 21 September nanti. Antara yang hadir adalah Hans Isaac Harith Iskander Maya Karin Awie Douglas Lim Dina Nazir dan Rashidi Ishak.
40 orang dari ahli MKBB yang hadir diberi baucer istimewa daripada pihak NU Sentral dan Supermokh
Sebuah filem cinta dari Tarantella Picture oleh Sharad Sharan (pengarah) yang menampilkan Farid Kamil, Maya Karin, Bront Palarea dan Ayu Raudhah.
Filem ini bakal bertemu peminat novel Ahadiat Akasha ini pada 11 SEPTEMBER 2014.
Sinopsis :-
Mereka ada cerita tersendiri yang bersalingkait membawa duri ke
mana harus lari dari kemelut yang semakin ngeri. Segalanya semakin perit
untuk dilalui Kasyah setelah pertunangannya terputus dengan Katerina.
Hisyam berjaya menyunting Katerina sedangkan dia tak tahu semua itu
sandiwara yang dirancang Katerina untuk membalas dendamnya.
Kasyah pula melalui kehidupan
dengan segala kepayahan sehinggalah Sofean sendiri meminta agar Kasyah
menerima Katerina selepas dia yang memutuskan pertunangan itu. Itupun
setelah Katerina murung selepas penceraiannya dengan Hisyam. Demi
maruah, Kasyah menolak dan sengaja melamar Zahirah untuk menyakiti lagi
hati Sofean. Malangnya Zahirah menolak kerana tak mahu melukakan hati
Katerina sedangkan hakikatnya dia amat mencintai lelaki itu. Hisyam
masih lagi menyimpan tekad untuk memenangi hati Katerina semula
sehinggalah Jackie hadir dalam hidupnya.
Zahirah yang menyesal menolak
lamaran Kasyah itu akhirnya bertemu Shan yang mencintainya sepenuh jiwa.
Mampukah mereka semua mengatasi kemelut cinta yang melanda jiwa
masing-masing dan akan berakhirkah lagenda cinta ini dengan segala
keindahan, ataupun sebaliknya?
Menarik atau tidak? kita tunggu yee. psssttt Katerina KEGUGURAN??!!
Lagu baru dari artis serba boleh, Maya Karin berjudul Pulang. Sebuah lagu raya yang memeberi nafas baru daripada lagu raya zaman sekarang. Alunan muzik yang unik dan klasik. Maya sangat suka akan muzik lagu ini dan bak kata beliau “Bila menyanyikan lagu ini saya ada rasa ‘feel’ seperti Saloma.”
Menariknya, pembikinan video muzik hanya dilakukan 1 hari dan dibuat di rumah Maya Karin sendiri ( Kalau nak tengok rumah Maya tu macam mana, kenelah tengok video lagu ni di youtube) Selain itu, Maya juga melibatkan ahli keluarganya di dalam video tersebut. Sungguh meriah nampaknya seperti malam raya! - walaupun masa tu masih bulan ramadhan.
Lirik lagu ini pula mempunyai inti tersendiri. Jika kita menghayati lagu ini pasti membuat anda tersentuh dan rasa ingin pulang 'kepangkuan tersayang'
Lirik Lagu Pulang - Maya Karin
Tiba Hari Raya, hiba tak terkata
Terkenangkan masa dengan bonda
Waktu kita bersama, bersuka dan duka
Pagi Aidilfitri usah tugas lagi
Setahun lama membanting tulang
Masa untuk kembali
Pulang lekas pulang
Janganlah kita tinggal seorang
Pulang lekas pulang
Ke pangkuan mereka tersayang
Tiba Hari Raya, risau dalam jiwa
Memikir sengketa keluarga yang bertahun lamanya
Tak mungkin dilupa
Pagi Aidilfitri usah kenang lagi
Sejarah hitam lama hidup mu
Mereka kan mengampun
Pulang lekas pulang
Janganlah kita menyesal nanti
Pulang lekas pulang
Janganlah kita melupa diri
Masa berbahagia bersama jiran dan keluarga
Masa bercahaya hari ini hari raya
Lekas pulang
Marilah kita berjabat tangan dan bermaaf-maafan
Bahagia di hari lebaran
Hari yang mulia
Pulang lekas pulang
Janganlah kita menyesal nanti
Pulang lekas pulang
Janganlah kita melupa diri
Masa berbahagia bersama jiran dan keluarga
Masa bercahaya hari ini hari raya
Lekas pulang
Jom layan MV rasmi lagu Pulang yang dilancarkan pada 23 Julai 2014 oleh Warner Music Malaysia akaun youtube mereka.